Penyelaras Kursus
Pensyarah Tamu
Lagu tema Pembangunan Belia ini disusun daripada gabungan pelbagai jenis muzik dan suara latar. Pada asalnya, ia dibuka secara terpisah-pisah di dalam dewan kuliah semasa sesi terapi berasaskan Modul Agen Pembangunan Belia Generasi Z (Jamiah, 2014). Ia kemudiannya digabungkan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Lagu tema ini dimuatnaik ke dalam You Tube untuk membolehkan pelajar/APB mengaksesnya pada bila-bila masa.
Revolusi Kursus Pembangunan Belia
Kursus SKPM 2023 pada asalnya merupakan kursus wajib bagi pelajar Sarjana Muda Pembangunan Manusia (Dengan Kepujian) di bawah Program Pembangunan Manusia, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (kemudian dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia - PsiTRA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Bagaimanapun, bermula pada tahun 2013, ia mula dibuka kepada semua pelajar UKM sebagai kursus elektif dan akhirnya sebagai kursus CITRA universiti. Ini rentetan penangguhan program tersebut di peringkat universiti. Sejak itu, ia mula melatih pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang fakulti untuk menjadi Agen Pembangunan Belia (APB) yang berkesan. Dua modul telah dibangunkan khusus untuk kursus ini iaitu Modul (akademik) Pembangunan Belia (Jamiah, 2014) dan Modul Latihan Agen Pembangunan Belia untuk Generasi Z (Jamiah, 2016). Pelbagai pendekatan digunakan untuk memastikan kursus ini kekal relevan dan bersesuaian dengan aspirasi negara dan generasi belia masakini. Elemen pembangunan sumber manusia (HRD) diterapkan sebaiknya dalam kursus ini melalui program TOT Agen Pembangunan Belia bagi memperkasakan mahasiswa UKM sebagai APB yang berwibawa.
Topik Kursus
Topik kursus bersifat fleksibel. Begitu juga dengan aktiviti kursus. Ini bersesuaian dengan sifat pembangunan belia yang dinamik dan proaktif. Nota-nota dan perbincangan kuliah boleh diperolehi di dalam sistem i-Folio (UKM), MOOC Kursus Asas Pembangunan belia, buku Modul (akademik) Pembangunan Belia (Jamiah, 2012) dan Jamiah TV (You Tube). Berikut merupakan topik utama bagi Kursus Pembangunan Belia bagi semester ini:
- Definisi Belia
- Agen Pembangunan Belia
- Falsafah Pembangunan Belia
- Ciri-ciri Belia Unggul
- Perkembangan Fizikal, Emosi dan Kognitif Belia
- Perkembangan Sosial, Personaliti dan Moral Belia
- Konteks Pembangunan Belia: Keluarga, Komuniti, Rakan Sebaya dan Budaya
- Perencanaan, Perlaksanaan dan Penilaian Program Pembangunan Belia
- Permasalahan dan Cabaran Belia
- Pengukuhan dan Pemerkasaan Belia
- Penyelidikan Belia
- Tips Komunikasi Belia
- TOT Pembangunan Belia
- Program Pembangunan Belia
0 comments:
Post a Comment