Agen Pembangunan Belia

Perubahan positif bermula dengan dengan diri sendiri.

Pembudayaan Ilmu

Kembara cinta ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Keunggulan Peribadi Belia

Terhimpun padanya 3 perkara: Keindahan, kemuliaan, kepujian.

Perjuangan Belia

Merealisasi Mimpi, Membina Tradisi Terpuji

Belia Cemerlang

Memimpin Perubahan, Membangun Peradaban.

Wednesday 9 August 2017

TOT Agen Pembangunan Belia Generasi Z (T30)

Laporan Projek TOT Agen Pembangunan Belia Generasi Z (T30 UKM 2016-2017)



1. Laporan Keseluruhan
2. Poster TOT Agen Pembangunan Belia Generasi Z
3. Slaid pembentangan TOT Agen Pembangunan Belia Generasi Z




Tuesday 20 June 2017

Program TV: Belia, Rakan Gajet





Rekod Penerimaan Tugasan Individu dan Kumpulan (20 Jun 2017)

Tugasan Individu
  • MOOC Asas Pembangunan Belia








Folio Pembangunan Belia
  1. Luqman Iqbal Ahmad Shukri (FEP)
  2. Nur Syahmina Amalia binti Ab Razak (FSSK)
  3. Nurul Thahirah Binti Abdul Wahab (FSSK)
  4. Lee Song Ngik (FEP)
  5. Wan Anis Fathiah Wan Sulaiman (FEP)
  6. Saidatul Mazlina Najwa Mazlan (FSSK)
  7. Muhammad Amirul Asyraf Muhammad Zalman 
  8. Anisah Rabaniah Rujhan (FPI)
  9. Putri Nur Eleena Binti Abdul Karim (FEP)
  10. Wan Zulaikha bt Wan Zainal Abidin (FEP)
  11. Mok Qiu Jie (FSSK)
  12. Nurul Safura Izati (FSSK)
  13. Rashiqim Nur Binti Hasan (FEP)
  14. Muhammad Fahmi Ahmad Lathfi (FEP)
  15. Nur Afiqah Khairudin (FEP)
  16. Siti Nur Khairunnisa Mohd Hazani (FEP)
  17. Nurul Khaleeda binti Hanafi (FEP)
  18. Aina Adlynna Zulkifli  (FEP)
  19. Tan Xin Yi (FEP)
  20. Chelsea Cassandra Damasus (FEP)

Tugasan Kumpulan
  1. Like and Share
  2. Penggunaan Wang Biasiswa dalam Kalangan Belia
  3. Javanee Youth
  4. Belia, Rakan Gajet

Monday 19 June 2017

Program TV: Javanee Youth






Peperiksaan Akhir SKPM 2023 Semester 2 2016/2017


Peperiksaan akhir kursus SKPM 2023 semester 2 2016/2017 telah berlangsung dari jam 8.30 -10.30 pagi di Dewan Tun Abdullah Mat Saleh (DTAM) pada 20 Jun 2017. Tahniah kepada semua APB atas kehadiran penuh. Tahniah juga kepada Bahagian Peperiksaan UKM yang telah mentadbir perjalanan minggu peperiksaan akhir dengan cemerlang.

Tuesday 30 May 2017

Modul Kursus Pembangunan Belia


Kursus Pembangunan Belia (SKPM 2023) menggunakan 2 modul utama iaitu modul akademik dan modul latihan yang sentiasa dikemaskini dari masa ke masa. Kedua-duanya telah dilindungi oleh akta perlindungan hakcipta di bawah payung Universiti Kebangsaan Malaysia.








1. Modul (Akademik) Pembangunan Belia (Jamiah, 2012)










2. Modul Latihan Agen Pembangunan Belia untuk Generasi Z (Jamiah, 2014)

Refleksi, Harapan dan Cabaran

Refleksi mengenai Pembangunan Belia.




Sumber Foto: Iransafebox

Pada mulanya saya ragu-ragu untuk mengambil kursus citra Pembangunan Belia ini kerana tidak mempunyai sebarang kenalan. Namun, disebabkan minat dan ingin menjadi belia yang bertanggungjawab saya cekalkan hati untuk mengikuti kursus ini. Salah satu sebab saya ingin mengambil citra ini adalah kerana saya ingin belajar bagaimana untuk menjadi dan menjiwai watak seorang belia yang amanah dan berdedikasi. Saya ingin mengadaptasikan pembelajaran yang saya peroleh ke dalam kehidupan seharian saya memandangkan tempat tinggal saya sangat aktif dengan kegiatan belia ini. Saya juga tidak mahu ketinggalan walaupun saya belajar jauh. Alhamdulillah, ternyata tindakan saya tidak salah apabila kursus ini semakin lama semakin menyedarkan saya tentang kepentingan belia pada masa akan datang.

Aktiviti yang dilakukan pada setiap minggu sangat menarik dan menepati dengan pembelajaran setiap minggu. Melalui aktiviti yang diadakan saya memperoleh ramai kawan dan mempunyai keyakinan untuk berucap di depan. Aktiviti seperti itu menyedarkan saya untuk menjadi lebih matang dan professional dalam melakukan sesuatu perkara. Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada kursus ini. Topik-topik yang di terangkan sangat menarik dan menepati piawai keadaan belia pada masa kini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr. Jamiah yang tidak jemu mengajar dan bersikap terbuka bagi kami memahami sesuatu isu dalam pembangunan belia.

            Akhir sekali, kursus Pembangunan Belia ini sangat menarik dan wajar dijadikan sebagai citra pilihan anak-anak muda yang bergelar belia memandangkan semua sedia maklum bahawa untuk menjadi seorang belia mestilah berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun. Kursus ini seharusnya mendapat perhatian dari banyak pihak dan bukan hanya dijadikan citra fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan sahaja malahan fakulti lain juga.




 Cabaran dan Harapan

Cabaran yang saya peroleh untuk menjayakan citra Pembangunan Belia ini ialah untuk bangun di awal pagi Jumaat di mana semua rakan tidak mempunyai kelas tetapi hanya saya sahaja yang perlu hadir ke fakulti selama 3 jam. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengikuti kursus ini sehingga ke peperiksaan akhir tahun. Seterusnya, cabaran yang saya peroleh ialah apabila perlu menghadap tugasan di akhir waktu dimana pada waktu yang sama, kesemua kursus mengadakan perbentangan, kuiz dan sebagainya. Saya perlu membahagikan jadual dengan baik supaya kesemua kerja dapat dilakukan dengan sempurna. Akhir sekali, cabaran yang saya hadapi sepanjang mengikuti citra Pembangunan Belia ini ialah apabila mengetahui tarikh peperiksaan kursus ini dimana ianya jatuh pada 20 Jun 2017, iaitu lima hari sebelum perayaan Aidilfitri akan berlangsung.

Harapan saya terhadap citra Kursus Pembangunan Belia ini ialah supaya kursus ini dihebahkan dan menjadi pilihan orang ramai kerana kursus ini sangat bagus bagi melahirkan sifat jati diri . Saya berharap pihak universiti tidak hanya meletakkan kursus ini dalam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan sahaja bahkan di fakulti-fakulti lain juga supaya lebih ramai pelajar yang mengetahui mengenai kursus ini. Selain itu, saya berharap supaya kelas kursus ini tidak diadakan hanya seminggu sekali bahkan ditambah kepada seminggu dua kali. Tambahan pula, bagi saya, wajar untuk pihak universiti untuk menambah kuota pelajar yang boleh mengambil kursus ini kerana lagi ramai, lebih bermutu kursus itu.

Akhir sekali, saya berharap agar kursus Pembanguna Belia ini terus kekal dan mampu menjadi pilihan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia !





Rumusan Pembelajaran

          Citra Pembangunan Belia telah berjaya mengubah perspektif saya mengenai seorang individu yang bergelar belia iaitu mereka yang umur lingkungan 15 hingga 40 tahun. Pada mulanya saya takut bergelar seorang belia kerana bimbang tidak mampu mengharungi cabaran dan rintangan apabila meningkat dewasa. Namun, setelah mengikuti kursus ini, segala perasaan takut dan tidak yakin telah berubah dari sehari ke sehari. Puan Jamiah telah berjaya mempengaruhi secara positif minda saya mengenai belia.

Melalui citra Pembangunan Belia ini, saya telah mendapat suatu pengajaran dan pengalaman yang sangat bermakna. Melalui pembelajaran ini, saya lebih mengetahui tanggungjawab dan peranan seorang belia yang pro-aktif. Saya berazam untuk bergiat secara aktif dalam kegiatan belia tidak tidak di mana sahaja.

            Melalui pembelajaran ini juga saya menjadi lebih yakin dan bersemangat dalam melakukan tugasan seorang belia. Saya juga telah mempunyai keazaman yang tinggi dalam membentuk diri untuk menjadi seorang belia yang kreatif dan inovasi. Banyak ilmu yang bermanfaat saya peroleh melalui citra ini dan saya akan mengaplikasikan semuanya dalam kehidupan seharian saya.

            Selain itu, melalui citra Pembangunan Belia ini, saya telah mampu untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berlainan fakulti. Kursus ini telah menambahkan ilmu dan penguasaan saya untuk berhadapan dengan orang ramai dengan lebih yakin. Melalui aktiviti dan kerja kursus yang diadakan, saya mampu untuk menutup rasa malu terhadap orang lain dan saya berjaya bercakap di depan awam bagi memenuhi segala kriteria untuk menamatkan kursus ini.

            Hal ini secara tidak langsung berjaya melatih diri saya menjadi seorang pelajar merangkap seorang belia yang prihatin akan keadaan sekeliling dan bijak membuat keputusan kerana saya tahu apabila seseorang individu itu salah melakukan keputusan, maka diri mereka akan merana dan menghantui erti penyesalan.

Penilaian Kendiri

Terus terang saya katakan, kursus citra Pembangunan Belia ini adalah antara citra yang paling saya minati sepanjang sem ini. Tidak pernah sekali pun saya tidak hadir ke kelas tanpa alasan yang tidak munasabah kecuali pada minggu keenam ketika saya mendapat cuti sakit daripada Pusat Kesihatan UKM. Setiap minggu saya ternanti-nanti kelas ini kerana banyak sangat input positif yang saya peroleh. Saya telah mendapat aura positif dalam kehidupan saya terutama bagaimana untuk menjadi belia yang berkaliber.

Melalui kursus ini, saya telah mengetahui potensi diri saya dan kebolehpasaran diri saya. Saya akan menggunakan ia sewaktu saya keluar daripada universiti ini. Saya juga bertekad untuk bergiat aktif dalam projek belia di kampung saya setelah mendapat dorongan daripada tenaga pengajar kursus ini iaitu, Pn Jamiah.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya yang lembut lagi baik hati kerana membimbing saya sehingga tamat kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama-sama membantu dan memberi kerjasama sepanjang 14 minggu kuliah ini diadakan. Semoga kita dapat bersua dan bekerjasama lagi di masa akan datang.

Saya berharap agar kursus ini kekal di dalam UKM dan boleh dinaik taraf sebagai kursus wajib Universiti bagi memupuk jati diri belia kerana pembelajaran yang ada dalam kursus ini sangat baik. Semoga doktor terus tabah dan cekal dalam mendidik pelajar.

________________________________________________

Nurul Thahirah  Abdul Wahab 
Agen Pembangunan Belia SKPM 2023 Semester 2 2016/2017
Program Pengajian Bahasa Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan


Rumusan Pembelajaran

Sumber foto: http://islamicartdb.com/happy-girl-with-balloon/

1. Rumusan yang saya boleh buat melalui pembelajaran di dalam kursus Asas Pembangunan Belia I ialah kursus ini bukan sahaja mendidik saya menjadi seorang belia yang cemerlang di dunia bahkan turut cemerlang di akhirat. Setiap kali pulang dari kuliah, saya pasti membuat penilaian diri terhadap apa yang saya belajar pada hari tersebut. Kursus ini juga memberi saya banyak peluang untuk berani tampil ke hadapan untuk melontarkan pendapat, pandangan dan idea tanpa saya perlu rasa takut pandangan atau idea saya itu ditolak. Sepanjang 14 minggu kuliah juga, saya dapat mengenali rakan-rakan daripada pelbagai fakulti di UKM dan bersama-sama kami bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Dr. Jamiah. Perkenalan singkat ini sedikit sebanyak memberi saya peluang untuk mempelajari sesuatu perkara baru, berfikir di luar kotak serta mengenali individu yang berlainan program yang membantu saya meluaskan jaringan perhubungan dengan orang sekeliling. Semoga ukhwah yang terbina ini mampu berkekalan selamanya sebagai mana ilmu yang mengalir dalam diri kita ini.

IN SHAA ALLAH =)

2. Strategi saya untuk memperkasa belia berdasarkan pembelajaran dalam kursus ini ialah saya perlu mengubah diri saya terlebih dahulu sebelum saya mengubah orang lain. Apabila kita berjaya mengubah diri sendiri menjadi seseorang yang menepati kriteria belia efektif, barulah kita layak untuk menjadi contoh kepada orang lain. Pemerkasaan belia itu titik permulaannya ialah kita berubah seterusnya pasti kita mampu mengajak orang lain bersama-sama untuk berubah ke arah menjadi belia cemerlang yang mampu mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.

__________________________________________________


Saidatul Mazlina Najwa Mazlan

Agen Pembangunan Belia SKPM 2023 Semester 2 2016/2017
Program Pengajian Bahasa Melayu
Fakulti sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM


Refleksi dan Penilaian Kendiri

Sumber foto: http://www.asburywc.org/site/cpage.asp?sec_id=180012459&cpage_id=180045876

Kursus Pembangunan Belia sangat memberi impak kepada saya kerana sewaktu pembelajaran inilah saya menyedari bahawa belia yang berjaya bukan sahaja banyak pengetahuannya tetapi juga dari aspek sekeliling mereka seperti keluarga, rakan-rakan, kejiranan dan sebagainya.

            Pada asasnya saya hanya memikirkan bahawa belia yang terbaik adalah belia yang memimpin negara tetapi rupa-rupanya ia lebih dari itu kerana ia boleh mengubah dunia secara berperingkat apabila belia terus maju dan bersatu. Oleh kerana itu lah, belia adalah satu komuniti yang dijadikan benchmark bagi generasi akan datang dan juga golongan-golongan lain.

            Oleh itu, dengan kursus yang dipelajari ini, pelajar-pelajar akan terus yakin untuk masa hadapan agar dapat terus memberikan perubahan yang baik kepada negara, masyarakat dan komuniti. Tambahan pula, secara peribadi, saya menjadi lebih positif dan berkeyakinan kerana saya percaya potensi saya sebagai belia akan mengubah dan memajukan negara.

            Selain itu, sistem pengajaran yang terbaik adalah sistem yang boleh memberikan pendedahan kepada belia-belia untuk terus maju ke hadapan dalam setiap perkara yang dilakukan bagi meningkatkan motivasi dan keyakinan diri terhadap diri sendiri.

            Tidak lupa juga kepada tugasan yang harus disiapkan bagi mendapatkan idea tentang belia. Ia adalah sesuatu yang sangat membantu kerana tanpa tugasan ini, para pelajar tidak akan terdedah kepada kemajuan belia di negara bukan sahaja di luar negara tetapi di negara sendiri.

Akhir sekali, belia harus sentiasa dididik bagi terus mendapatkan pendedahan serta ilmu tentang pembangunan belia yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain. Apabila belia bersatu, belia bukan sahaja dapat memimpin malah dapat mengasah bakat belia sebagai seorang yang yakin tampil ke hadapan.



Penilaian Kendiri

Sebagai belia yang masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang, pemerhatian saya bahawa pendidikan amat penting untuk membangunkan belia agar menjadi lebih intellektual. Ini kerana setiap belia harus memainkan peranan mereka sebagai aset negara yang akan memajukan negara pada satu hari nanti

Tambahan pula, sebagai belia, saya amat berbangga dengan pencapaian belia-belia pada masa kini yang telah banyak mengharumkan nama negara. Oleh itu, saya menjadikan diri mereka sebagai contoh untuk saya terus maju ke hadapan. Saya cuba untuk tidak berputus asa dalam menjadi belia yang lebih baik dari sebelum ini.

Selain itu, saya sangat teruja dengan pembelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah sedikit sebanyak mengubah saya kerana aktiviti-aktiviti yang saya sertai telah membina kendiri saya dari segi keberanian, komunikasi, dan sebagainya. Oleh itu, saya merasakan bahawa proses pembelajaran tidak akan terhenti kerana itulah yang menjadikan diri saya lebih baik dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, kita haruslah sentiasa ke arah belia yang cemerlang untuk terus maju dalam setiap perkara lebih-lebih lagi dalam menjadi belia yang akan berbakti di masa akan datang. Terdapat Teori diperkukuhkan oleh seorang sarjana Islam , Abdullah Nasih Ulwan (1987) yang menggariskan ciri-ciri belia cemerlang mempunyai lima asas. Lima perkara asas berikut hendaklah menjadi pegangan mereka sekiranya belia ingin berjaya dalam kehidupan dan seterusnya mara ke hadapan:

o   Iman yang teguh dan tidak mudah goyah
o   Keikhlasan yang benar, bukan kepura-puraan atau riak
o   Kemahuan yang kuat, tidak kenal takut dan gentar
o   Kerja keras tidak kenal lelah
o   Berkorban demi mencapai kemenangan.

________________________________________________________________________

Wan Anis Fathiah Wan Sulaiman
Agen Pembangunan Belia SKPM 2023 Semester 2 2016/2017
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. 

·        


Thursday 25 May 2017

Masam Manis Perjuangan


Fitrah Manusia


Sesi Pembentangan dan Penyampaian Hadiah


Sesi pembentangan tugasan kumpulan dan penyampaian hadiah kuliah Pembangunan Belia, SKPM 2023, Semester 2, Sesi 2016/2017. 

19 Mei 2017

Nota: 

*Tugasan Berkumpulan Terbaik: Kumpulan Javanee
*APB Wanita Terbaik: Saudari Saidatul Mazlina (FSSK)
*APB Lelaki Terbaik: Saudara Amirul Ashraf & Saudara Mohamad Aizat (FEP).