Tuesday 30 May 2017

Refleksi dan Penilaian Kendiri

Sumber foto: http://www.asburywc.org/site/cpage.asp?sec_id=180012459&cpage_id=180045876

Kursus Pembangunan Belia sangat memberi impak kepada saya kerana sewaktu pembelajaran inilah saya menyedari bahawa belia yang berjaya bukan sahaja banyak pengetahuannya tetapi juga dari aspek sekeliling mereka seperti keluarga, rakan-rakan, kejiranan dan sebagainya.

            Pada asasnya saya hanya memikirkan bahawa belia yang terbaik adalah belia yang memimpin negara tetapi rupa-rupanya ia lebih dari itu kerana ia boleh mengubah dunia secara berperingkat apabila belia terus maju dan bersatu. Oleh kerana itu lah, belia adalah satu komuniti yang dijadikan benchmark bagi generasi akan datang dan juga golongan-golongan lain.

            Oleh itu, dengan kursus yang dipelajari ini, pelajar-pelajar akan terus yakin untuk masa hadapan agar dapat terus memberikan perubahan yang baik kepada negara, masyarakat dan komuniti. Tambahan pula, secara peribadi, saya menjadi lebih positif dan berkeyakinan kerana saya percaya potensi saya sebagai belia akan mengubah dan memajukan negara.

            Selain itu, sistem pengajaran yang terbaik adalah sistem yang boleh memberikan pendedahan kepada belia-belia untuk terus maju ke hadapan dalam setiap perkara yang dilakukan bagi meningkatkan motivasi dan keyakinan diri terhadap diri sendiri.

            Tidak lupa juga kepada tugasan yang harus disiapkan bagi mendapatkan idea tentang belia. Ia adalah sesuatu yang sangat membantu kerana tanpa tugasan ini, para pelajar tidak akan terdedah kepada kemajuan belia di negara bukan sahaja di luar negara tetapi di negara sendiri.

Akhir sekali, belia harus sentiasa dididik bagi terus mendapatkan pendedahan serta ilmu tentang pembangunan belia yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain. Apabila belia bersatu, belia bukan sahaja dapat memimpin malah dapat mengasah bakat belia sebagai seorang yang yakin tampil ke hadapan.



Penilaian Kendiri

Sebagai belia yang masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang, pemerhatian saya bahawa pendidikan amat penting untuk membangunkan belia agar menjadi lebih intellektual. Ini kerana setiap belia harus memainkan peranan mereka sebagai aset negara yang akan memajukan negara pada satu hari nanti

Tambahan pula, sebagai belia, saya amat berbangga dengan pencapaian belia-belia pada masa kini yang telah banyak mengharumkan nama negara. Oleh itu, saya menjadikan diri mereka sebagai contoh untuk saya terus maju ke hadapan. Saya cuba untuk tidak berputus asa dalam menjadi belia yang lebih baik dari sebelum ini.

Selain itu, saya sangat teruja dengan pembelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah sedikit sebanyak mengubah saya kerana aktiviti-aktiviti yang saya sertai telah membina kendiri saya dari segi keberanian, komunikasi, dan sebagainya. Oleh itu, saya merasakan bahawa proses pembelajaran tidak akan terhenti kerana itulah yang menjadikan diri saya lebih baik dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, kita haruslah sentiasa ke arah belia yang cemerlang untuk terus maju dalam setiap perkara lebih-lebih lagi dalam menjadi belia yang akan berbakti di masa akan datang. Terdapat Teori diperkukuhkan oleh seorang sarjana Islam , Abdullah Nasih Ulwan (1987) yang menggariskan ciri-ciri belia cemerlang mempunyai lima asas. Lima perkara asas berikut hendaklah menjadi pegangan mereka sekiranya belia ingin berjaya dalam kehidupan dan seterusnya mara ke hadapan:

o   Iman yang teguh dan tidak mudah goyah
o   Keikhlasan yang benar, bukan kepura-puraan atau riak
o   Kemahuan yang kuat, tidak kenal takut dan gentar
o   Kerja keras tidak kenal lelah
o   Berkorban demi mencapai kemenangan.

________________________________________________________________________

Wan Anis Fathiah Wan Sulaiman
Agen Pembangunan Belia SKPM 2023 Semester 2 2016/2017
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. 

·        


0 comments:

Post a Comment