Sumber foto: http://islamicartdb.com/happy-girl-with-balloon/
1. Rumusan yang saya boleh buat melalui pembelajaran di dalam kursus Asas Pembangunan Belia I ialah kursus ini bukan sahaja mendidik saya menjadi seorang belia yang cemerlang di dunia bahkan turut cemerlang di akhirat. Setiap kali pulang dari kuliah, saya pasti membuat penilaian diri terhadap apa yang saya belajar pada hari tersebut. Kursus ini juga memberi saya banyak peluang untuk berani tampil ke hadapan untuk melontarkan pendapat, pandangan dan idea tanpa saya perlu rasa takut pandangan atau idea saya itu ditolak. Sepanjang 14 minggu kuliah juga, saya dapat mengenali rakan-rakan daripada pelbagai fakulti di UKM dan bersama-sama kami bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Dr. Jamiah. Perkenalan singkat ini sedikit sebanyak memberi saya peluang untuk mempelajari sesuatu perkara baru, berfikir di luar kotak serta mengenali individu yang berlainan program yang membantu saya meluaskan jaringan perhubungan dengan orang sekeliling. Semoga ukhwah yang terbina ini mampu berkekalan selamanya sebagai mana ilmu yang mengalir dalam diri kita ini.
IN SHAA ALLAH =)
2. Strategi saya untuk memperkasa belia berdasarkan
pembelajaran dalam kursus ini ialah saya perlu mengubah diri saya terlebih
dahulu sebelum saya mengubah orang lain. Apabila kita berjaya mengubah diri
sendiri menjadi seseorang yang menepati kriteria belia efektif, barulah kita
layak untuk menjadi contoh kepada orang lain. Pemerkasaan belia itu titik
permulaannya ialah kita berubah seterusnya pasti kita mampu mengajak orang lain bersama-sama untuk berubah ke arah menjadi belia
cemerlang yang mampu mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.
__________________________________________________
Saidatul Mazlina
Najwa Mazlan
Agen Pembangunan Belia SKPM 2023 Semester 2 2016/2017
Program Pengajian Bahasa Melayu
Fakulti sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
0 comments:
Post a Comment